Wednesday, 12 November 2014

Formula dan tips.

Assalamualaikum semua , apa khabar ? sihat ? alhamdulillah...
harini saya nak share tentang beberapa tips dan formula yang dapat saya kongsikan bersama anda semua :)


Hari ini saya nak menceritakan tentang motivasi yang sangat hebat dan sangat menginsafkan. 

Lelaki tua berkain pelikat sedang membaca al-quran setiap kali selepas asar sehinggalah waktu maghrib. - Tulisan Dato Roslan Abd Hamid.

Saya jumpa lelaki tua ini, selalu selepas asar , dia akan beriktikaf di dalam masjid untuk membaca al-quran. Umur lelaki tua ini likungan 70-an , lelaki tua ini duduk rumah yang berdekatan dengan masjid, rumah agamnya sangat besar dan menarik. Hartanya di sana sini. Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dalam RM35 juta.

Pendapatan pasir kutipan sewa dalam RM70 ribu sebulan. Belanja dalam RM20 ribu dan bakinya pula sebanyak RM50 ribu  di sedekahkan dan di infaq kan. Dia tenang bersendirian melayani anak-anak dan cucu-cucunya. Saya mahu mengambil gambar beliau, tetapi beliau menolak . katanya malu. Kemudian saya meminta beliau 1 formula tapi beliau memberikan saya 10 formula. Kemudian saya ambil, catat dan mahu kongsikan kepada orang ramai.


Antara formulanya ialah :

  1. Dia memberi tahu bahawa, kita harus memuliakan ibu bapa. Kerana doa ibu bapa adalah segala-galanya. Kemuadian dia berkata bahawa doa ibu bapa tiada hijab dan doa itu terus dikabulkan oleh Allah. Dia berkata lagi kita sepatutnya meraikan ibu bapa dan pelihara dan juga jaga mereka sepanjang usia kita. Dan berdoalah kepada mereka sama ada mereka ada atau tiada.                          
  2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir dan uruslah masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Sebagai contoh , berada di masjid sebelum azan, apabila masuk waktu azan maka tunaikanlah solat , selepas solat bertebaran dan berusahalah untuk mencari rezeki.                                                                                                                          
  3. Berdoalah dengan khusyuk , berserahlah kepada Allah dan bertawakallah kepadanya. Kerana Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita.                                                                                                           
  4. Berusahalah pada waktu pagi , petang , siang dan malam. Usahalah bersungguh-sungguh, usaha bermula dengan berniat, lepas itu buat sampai dapat, kalau tak dapat usaha lah dengan yang lain pula. Adakan masa untuk baca Al-quran. Maka dia pun nasihatkan saya "Orang yang membaca surah al-ikhlas satu kali ia bersamaan atau diibaratkan seperti membaca sebanyak 1/3 al-quran. Jadi apabila membaca sebanyak 3 kali , ini bermakna ganjarannya seperti membaca sebanyak senaskah al-quran."   
  5. Jaga kesihatan. Banyakkan berjalan kaki, banyakkan minum air masak atau air mineral dan jagalah cara pemakanan.                                                                                                                                
  6. Hidup kenalah buat target dan wawasan . Ikat perut dan usah membazir. Makanan dan minuman mestilah dihabiskan, usahlah berlagak seperti orang kaya, padahal ia adalah teman kepada syaitan. Sentiasa lah belanja orang makan dan minum. Apabila makan di kedai yang kecil, perhatikan kebersihan kedai itu, apabila bersih maka masuklah. Disitu akan temui ramai orang susah oleh itu , belanjalah mereka makanan dan minuman.                                                                                          
  7. Bila waktu maghrib, usahlah berada di atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhentilah dan carilah masjid. Apabila di rumah, tutuplah pintu serapat-rapatnya. Waktu malam buanglah sampah sarap, basuhlah pinggan mangkuk dan pastikan semua teratur sebelum tido. Guankanlah waktu antara maghrib dengan isyak untuk menuntut ilmu , seperti membuka kitab, mendengar kuliah atau ceramah. Selepas isyak pula buatlah kira-kira untung dan rugi. Kemudian siapkan bahan kerja untuk hari esok.    
  8. Usha takut jumpa orang . Walaupun 5 minit mahu berjumpa, maka pergilah sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Biarlah kita merangkak memanjat bangunan, biarlah kita mengambil masa berhari-hari perjalanan yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.                        
  9. Balik malam usah cakap penat, letih dan sakit. Apabila sakit senyumlah, kerana Allah sedang luruhkan dosa kita . Lepas sakit , kita akan rasa lebih bertenaga. Siapakah dalam dunia ini yang tidak pernah rasa sakit, jatuh , dihina dan sebagainya? Semua orang pernah mengalaminya , termasuklah Rasulullah saw , namun baginda mengajar kita untuk memaafkan orang lain.                                                         
  10. Niatkan mahu kaya. Niatkan mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulisan surat, dulu tiada internet, maka bila salah tulisa alamat maka salah tempatlah surat itu pergi. Maka tulislah alamat betul-betul.


Maka itu lah sedikit sebanyak yang boleh saya share kan bersama anda semua... "Ayuh kita istiqamah dalam melakukan amal kebaikan, yang baik kita jadikan tauladan dan yang salah kita jadikan sempadan. 

Wednesday, 5 November 2014

Penne gratin recipes

Hi guys tonight i'm gonna share with you how to make penne gratin.. I dah pernah cuba recipes ni... It was so easy and delicious . Let's get some try :)

Ingredients :

400g penne
1 pasta cube
1 clove of garlic
1 onion 
1 small carrot
1 dessertspoon butter
1 teaspoon flour 
1.5 l of water
150g mozzarella cheese 
Olive oil , salt and sugar to taste


Methods: 

- cook the pasta in plenty of water with a pasta cube for about 10 minutes. Drain, cool under cold water and set aside . Chop the garlic and onion. Put them in a pan and add a little olive oil, butter and the carrot, finely grated. Allow to fry gently.

- add the pasta to the frying pan and stir well. Put into an overproof dish. Sprinkle with the mozzarella cheese and put in the oven to bake. Remove and serve immediately. 



    Image source from google image..

*sorry  , saya terlupa nak tangkap gambar masa lepas masak haritu.. :)